Monday, March 16, 2009

TIP TEMUDUGA

Assalamualaikum,

Sejak tertampalnya iklan yang klinik memerlukan 2 pekerja, ramailah yang datang mohon kerja. Banyak cerita lucu dan menyedihkan, kerana ramai yang tidak tahu etika temuduga kerja. Macam mana nak dapat kalau macam tu?. Semasa saya sekolah dulu, ada 2kali sekolah mengadakan sesi 'bagaimana hendak menghadapi temuduga.' sekali masa selepas LCE... Lower certificate of Education., macam PMR lah tu. Masa tu sijil LCE memang laku. Sekali lagi lepas MCE.... malaysian Certificate of Education. (SPM).

Maka tip penting. NOt in order of importance.
1. Kalau job hunting, pakailah baju yang sesuai, mana tau ada yang walk in interview, (mcm klinik ni). Ini tak, datang macam rockers/ punk (btw, i've nothing against them) Image beb, imge penting. Hendak ke orang ambil punk/ rockers jadi front desk officer? Kalabul malami boleh kut. Yang selamat, pakai baju kurung/apa2 yg sesuai. Ataupun, take note dulu, datang lain kali berpakaian sesuai. Memang org boleh berubah, tapi first impression penting. Yes, sometimes we do judge a book by the cover.

2. Bila dah dipanggil masuk, JANGAN, ulang ..JANGAN bawak mak/ nenek/ atuk/ bf sekali masuk dalam bilik temuduga. Jangan gelak, ini terjadi. Tinggallah mereka diluar untuk berdoa (mungkin). Ini menunjukkan anda tidak ada keyakinan diri. Ini juga mengurangkan ruang lingkup soalan dari penemu duga. CTH, 'awak ada b/f?'
Macam mana nak jawab kalau mak ada bersama? Esp yang sdg tunggu keputusan SPM, mau mati kena pelangkung mak kalau jawapannya 'ya'.

3. Kalau kena tanya 'kenapa berhenti kerja dulu?'. Jangan jawap gaji kecil, sedangkan anda tidak tahu berapa gaji yang anda akan dapat di tpt itu. Buatlah ayat2 yang memberi makna sedemikian,bukan direct.CTH, tempat lama dapat RMxxxx.xx tapi bila tolak pengangkutan, makan, baju, makeup etc, tinggal cukup2 untuk bayar sewa. Sini dekat, boleh jimat pengangkutan. atau apa2 yang sama maksud.

4. 'Kenapa pilih kerja/ tempat ini?'
"saya memang suka nak jadi jururawat, dari dulu lagi memang cita2 saya"
'Dah 4 tahun awak habis sekolah, berapa tempat awak dah mohon?'
"tak ada, baru ini"........jawapan apa ini? minat???
'Kolej jururawat ada mohon?'
"Kat mana ada?" La.. aku penemuduga ke, tempat bertanya?. Kalau berminat, mestilah sudah ada usaha-usaha untuk menyampaikan hajat tu, betul?
'awak tau apa kerja kat sini?'
"tak, jadi nurse kot." Kalau tak tahu kenapa mohon?

5. Ini yang paling aku geram.
Sambil kunyah chewing gum..... water the flower. BERBUAL DGN MAK PUN, KALAU SAMBIL KUNYAH CHEWING GUM, KURANG AJAR NAMANYA. Sorry ter 'cap' malas nak taip balik.

Bila ada masa lapang, carilah tip2 yang betul untuk temuduga. Jangan jadikan diri anda bahan ketawa.

Aku taulah, klinik ni kecil, bukan 5 bintang, tapi temuduga tetap temuduga, hatta nak jadi penjaga tandas pun mesti ada penampilan yang sesuai.

Wassalam.

1 comment:

kerepek pedas. said...

hahaha.
oke2.
da penat ketawe.
benti ketawe.
smbung sidai kain jap.
;p