Saturday, February 7, 2009

LAYAN

Assalamualaikum.

2-3 hari lepas, ada sales rep datang. Macam biasa, dia bagi name card kat kaunter, then my assistant bring it in for me to see. Imagine butlers (in movies) bring it in a siver tray.Doesn't happen though. Aku layan macam biasa, bual-bual, ordered sthing, etc. Time to leave,
sales rep pun cakap,"You don't want my card, right?"
I said " macam biasa lah, simpan, sbb I masih ada your card, jimat ma..."
Sales rep balas " Ya lor... save a tree."

Serta merta aku ingat hani and friends who wants exams to be abolished to save trees.
Exam pakai komputer tak boleh ke? Macam nak ambik lesen memandu tu?.

Lagi satu insiden. Lain tema.
Layan baca blog. Ada satu blogger lelaki tunggu result SPM layan cerita Ku milikmu. Lantas (taknak guna serta merta lagi. Guru BM pesan, kalau buat karangan mesti banyak kosa kata. Jagan ulang perkataan sama jika boleh) Teringat Zaki layan samarinda cerita I d Beijing. BTW, Zaki, cerita ni rerun kat tv 3 pukul 2.30pm. Kalau boleh layan dari sana, tengoklah ending nya. Pasti tak se interesting macam ibu cerita. Ini hani cakap( ibu cerita lagi lawak dari yang tonton/ baca sendiri). Azmi pulak layan cerita petang 6.30 tu. Kalau tak silap masa tu cerita yang sekarang tengah ditayang sekuelnya.
So, sapa kata perempuan saja layan soap opera/ cerita merepek?
Tapi, aku rasa itu sebab bosan tahap gaban (apa maksud gaban?) disebabkan cuti yang sangat panjang dan tidak ada akTIVIti terancang. Yang ada cuma TIVI.

Pasal pe banyak perkataan layan? Kosa kata tak cukup?. sebab, tajuknya layan.

Hani, zaki baca ke blog ni? Tolong promo sikit.

Nak naik, solat & masak. Tadi makan tghhari beli sbb korang semua tak ada.

Wassalam.

Saturday, January 31, 2009

Jalan- jalan tak jadi

Assalamualaikum,

Jawapannya adalah....
1. link yg iz sebut tu
2. Waktu buat posting dan waktu yang keluar kat post dah sama.

Pandai kan saya? Tak tanya korang pun mcm mana nak buat. Pakcik wiki pun tak tolong.

Due to certain unavoidable circumstances, plan for tomorrow is cancelled. But if I manage to buy jogging shoes tonight, jogging we will go after subuh prayer.
Yes, tonight insyaallah, Tesco will be visited. Tapi kan boikot Tesco? Econsave ada jogging shoes ke? Hani, is your old pair of school shoes still in good condition?

Wassalam

Friday, January 30, 2009

Notice anything different?

Assalamualaikum,

Notice anything?
Sapa betul, meh ikut jalan-jalan hari ahad ni. (Itu pun kalau ada cash lebih lepas bayar gaji staff)

Wassalam.

Saturday, January 17, 2009

BOIKOT APA YANG BOLEH

Assalamualaikum,

Belum terlambat nak boikot kan?










Monday, January 12, 2009

SEKOLAH

Assalamualaikum.

Dah seminggu sekolah bermula. macam-macam dah berlaku.

Hari ni, selepas beri salam subuh (lambat aku sembahyang) terdengar hani nyanyi lagu digi.... bersama mu... sthing like that. Oh... rupanya dia pakai baju kuning. Pengawas perpustakaan lah katakan. Sekolah sekarang uniform nya berbagai warna, pink and blue are favourites for prefects. Her school uses blue. There's also purple, yes, PURPLE (macam talam keladi) for prs. Ada satu sekolah tu pengawas surau dan pengawas tandas pun warna lain. Macam raya lah pulak. Hapuskan putih. senang ibu macam aku. Hmmm... pengawas koperasi should wear a uniform too. How about white with scale emblazoned... macam kenal ke? Scale as in alat timbang, ok, not scales as in fish. Merepek betul.

Minggu lepas, sikit lagi lini salah sessi persekolahannya. Aku ibu yang sgt perihatin, sampai tak tahu anak sekolah sesi pagi atau ptg. Salah sekolah lah ni, tiap tahun tukar kelas sesi pagi/petang.

No satu mula mengajar. Penat kot sesi ptg. Balik pun lambat je sbb biaselah, fist week sekolah jalan tersangat jam. Takde sesi cerita-cerita pasal sekolah. Dulu Kak Long aku suka cerita pasal sekolah/murid dia. Dia mula mengajar masa aku djh 6. Balik tentu ada cerita. Bukan cerita kat aku, tapi kat mak lah. Aku tumpang semangkuk.

All in all, minggu lepas ok. Cuma sikit apprehensive whether hani will get into account class.


Masa untuk berubah.... BOIKOT BARANGAN AS, KUTUK ISRAEL, BUATLAH APA YANG PATUT.

Thursday, January 1, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Assalamualaikum,

Perbaharui azam anda. Buat yang terbaik untuk tahun ini. Semuga lebih berjaya.

Friday, December 26, 2008

ABAH

Assalamualaikum.

Hari ni sambung pasal kehidupan dan abah.

Yang klakar tentang abah? Banyak. Joke dia memang best. tapi cakap banjar lah. Tak klakar langsung kalau translate to other language.

Kegemaran abah yang menurun pada aku?
1. Suka membaca. Apa apa pun abah baca. Surat khabar, kalender, cebisan surat khabar dalam bungkusan makanan etc. Maklumlah masa tu bahan bacaan tak banyak, kalau ada pun abah mungkin tak mampu. Baca majalah hiburan dan apa apa yang abah rase tak ada educational value, is a big no. Kalau tak silap , masa aku 16 ke 17 tahun, keluar majalah gila-gila. Pernah abang beli, lepas tu, kena warning abah. Lepas tu, tak pernah nampak pun majalah tu kat rumah. Tapi bila adik lelaki aku dah minat, banyak pulak kat rumah tu. BTW, adik tu 17 tahun lbh muda dari aku. Jarak dia dgn his nearest sib is 13 yrs. Agaknya sbb abah dah tak larat nak larang kot. I think he did not allow us to buy non edu mag was bcos money is very tight then. Bahasa Inggeris abah tak tau, tapi majalah bi mahal,(pada std kamilah)tak pernah beli, pinjam kawan adalah. Bacaan kami abah tapis dulu, yang melayu lah. Novel kakak pinjam lib sekolah mana ada tak sesuai. Habit membaca ni memang turun pada semua anak abah. Bak kata anak aku, kalau pergi rumah makcik belah ibu, tak payah makan , banyak sangat nak dibaca.
habit tapis buku anak ni pun rasenya turun kat kami adik beradik. Aku dah setengah abad ni pun baca dragon ball, kreko etc. just to know what my kids are reading. Kadang-kadang kami discuss ceritanya, sebab banyak tak tercapai akal ku. Bahasa sekarang lain dengan masa aku dulu. Anak aku pun dah jadi macacm aku. Dulu my son was rewarded for borrowing the most books from his school lib. Lepas tu jadi kurang pulak pinjam. Alasan, yang interesting dah habis.

2. Suka jalan-jalan.
Pernah ke dengar penoreh getah simpan duit nak bawak anak-anak makan angin ke KL dan Genting? Nak pergi Mekah tu biasalah. Lepas aku MCE exam, abah bawak seluruh keluarga jalan-jalan kat KL. Masa tu ape yang seronok? Yang paling aku ingat adalah memanjat tangga batu caves. Masa tu mak pregnant adik bungsu (yang ada koleksi gila-gila tu) Mak naik rail car.
Sekarang ada lagi ke rail car tu?.next adalah pengalaman naik cable car kat bukit nanas. Yang ni memang tak ade lagi sekarang. Cable car nya macam buaian besi rumah tu, tak pun macam skiers naik masa nak skiing tu. Aku yang memang selalu gayat, macam nak pengsan rase. Ashik imagine selipar aku jatuh (bersama aku sekali). So sapa-sapa yang rasa nak naik cable car cam tu, pakai kasut, strap baik-baik, takdelah takut kasut jatuh.
Masa aku tahun 2 kat U, kami pergi genting pulak. Masa tu yang ada kasino dgn tasik je, Taman keriangan belum ada. Wah.. abah lupa bawak baju sejuk. Terpaksa aku bagi aku punya, itu pun aku pinjam kawan. Nasib kawan tu dah sound, bakai baju tebal. Kalau hari cerah boleh melaram tak pakai sweater. Aku pun pakailah baju yang paling tebal aku ada, siap turtle neck lagi. Kain wraparound. Nasib, it was a clear day. Abah pun main sangkut kat bahu je sweater tu. Gambar? ntah. Koleksi aku semua dah habis.
Lepas tu abah cakap, lain kali kita pegi naik heli. Tapi tak lama lepas tu ada heli naik genting terhempas, abah cakap kensel. Kalau plane pergi mekah terhempas ok, ni tak nak gi bergumbira.
Tempat lain banyaklah abah bawak, spt singapore, masa kapal haji last sekali, lepas tu semua orang naik plane. Pergi shopping spore pu ade jugak. Masa tu duit kita sama. Barang dia murah. Yang paling famous adalah payung RM10 utk 3 atau empat. Tuala pun gitu. Kalau ada expo buku ke, pertanian ke, funfair ke, terutama sarkis, mesti pergi. Habit ni aku tak terdaya nak ikut. Teket sarkes berapa? kali 9 orang, tak makan bebulan nanti. Masa dulu cuma 30 - 50 sen aje. Pendapatan abah berapa agaknye? Tapi part berjalan yang tak banyak pakai duit tu memang tumpah ke aku. Cuma kebelakangan ni (read 10 thn kebelakangan) tak larat. Nak drive, takut, naik bas dah tak reti, naik komuter dan yang sewaktu dgnnya memang tak pernah.

Cukuplah. Nak solat ni.